bismillah

bismillah

Friday 26 October 2012

Lelaki idaman

Lelaki yg diidamkan oleh seorg wanita solehah- Kata-kata Syed Qutb;

Lelaki idaman…Seorang lelaki yang aku idamkan Ialah seorang buta,bisu, bakhil dan papa…Biarlah dia seorang yang butaButa, Kerana matanya sunyi daripada melihat perkara-perkara maksiat dan laghaKerana matanya terpelihara daripada memandang aurat wanita ajnabiAsalkan kedua matanya terang dalam memerhatikan keagungan ciptaan AllahAsalkan dia celik dalam melihat kesengsaraan umat Islam di Palestin, Ambon, Bosnia dan seumpananyaBiarlah dia seorang bisuBisu, Bisu daripada pujuk rayu yang bisa menggoncang keimananBisu daripada mengungkapkan ucapan yang bisa meracun fikiranBisu daripada perkataan yang bisa mendatangkan kekufuranAsalkan bibirnya sentiasa basah mengingat TuhanAsalkan lidahnya tidak pernah lekang dari membaca Al-QuranAsalkan dia petah membangkang kemungkaranDan lantang menyuarakan kebenaranLelaki yang aku idamkan ialah seorang yg bakhilBakhil, Bakhil dalam memberi senyumanPada wanita yang bukan mahramnyaBakhil dalam meluangkan masa bertemu janji dengan wanita ajnabi yang boleh dinikahinyaBakhil untuk menghabiskan wang hanya kerana seorang wanita yang tidak sepatutnyaTetapi dia begitu pemurah meluangkn masanya untuk beribadah kepada KhaliqnyaDia begitu pemurah untuk mempertahankan aqidahnyaPemurah dalam memberi nasihat dan teguranSehingga dia sanggup menggadaikan hartanyaBahkan nyawanya sendiri untuk melihat kalimah LAILAHAILALLAHKembali megah di muka bumiLelaki yang aku idamkan adalah seorang yang papaPapa, Papa dalam melakukan perkara maksiatPapa dalam ilmu-ilmu yang tak berfaedah dan bermanfaatPapa memiliki akhlak mazmumahTapi dia cukup kaya dalam pelbagai ilmu pengetahuanDia begitu kaya memiliki ketinggian akhlak dan budi pekerti yang muliaDia begitu kaya dengan sifat sabar dalam mengharungi tribulasi kehidupannyaDan dia seorang yang kaya dalam membina jati diriDia mahu menjadi seorang syuhadaYang syahid di jalan Maha EsaPersoalannya...Masih adakah lelaki idaman itu??~"Yang dicari walau bukan putera raja, biarlah putera agama. Yang diimpi, biarlah tak punya rupa, asal sedap dipandang mata. yang dinilai, bukan sempurna sifat jasmani, asalkan sihat rohani, sempurna hati. Yang diharap, bukan jihad pada semangat, asal perjuangannya ada matlamat. Yang datang, tak perlu rijal yang gemilang, kerana diri ini serikandi dengan silam yang kelam. Yang dinanti, bukan lamaran dengan permata, cukuplah akad dan janji setia. Dan yang akan terjadi, andai tak sama kehendak hati, redha ketetapan Ilahi"

RUJUKAN

YASALUNAK FID DIN WAL HAYAH
Oleh : Al-‘Allamah Dr. Ahmad Asy-Syurbasi
Vol III, Darul Jil , Beirut

AL-FATAWA AL-ISLAMIAH
Oleh : Al-‘Allamah Prof. Dr. Nasr Farid Muhammad Wasil
[ Bekas Mufti Rep. Arab Mesir

FATAWA WA AHKAM LIL MARAH al-MUSLIM
Oleh : Al-‘Allamah Syeikh ‘Atiah Saqr
[ Bekas Pengerusi Lujnah Fatwa AL-Azhar ]
Maktabah Wahbah , Kaherah

AHSANUL KALAM FIL FATAWA WAL AHKAM
Oleh : Al-‘Allamah Syeikh ‘Atiah Saqr ( ha )
[ Bekas Pengerusi Lujnah Fatwa AL-Azhar ]
Vol : IV & Vol VI
Darul Ghad al-‘Arabi , Kaherah

Solat

Manusia pertama yang mengerjakan solat subuh : Nabi Adam a.s
Manusia pertama yang mengerjakan solat zuhur : Nabi Ibrahim a.s
Manusia pertama yang mengerjakan solat asar : Nabi Yunus a.s
Manusia pertama yang mengerjakan solat maghrib : Nabi Isa a.s
Manusia pertama yang mengerjakan solat isyak : Nabi Musa a.s
"Barang siapa membaca ayat kursi pada tgh2 malam serta  menghadap kiblat  pada tempat yg sunyi dan bersih sbanyak 180 kali kemudian setalah selesai kahadiran Allah apa-apa yg dicita-citakan . Insya-allah segala apa ygdiharapkan akan termakbul..

sahabat

Hadis Persahabatan: Jangkitan Orang Durjana
"Jangan bersahabat dengan orang yang durjana nanti menjangkit kedurjanaanya kepada anda. Awas dari berkawan dengan rakan/sahabat yang jahat." (Al-Mustadrak ala al Sahihain)

SUATU KISAH

      Seorang lelaki meninggal dunia. Pada malam pertama ayahnya bermimpi puteranya di dalam neraka jahanam dalam keadaan terbelenggu, dan pada malam kedua dia bermimpi lagi dan melihat anaknya didalam syurga. dalam mimpi kedua ini , dia sempat bertanya kpd anaknya " malam kelmarin aku melihatmu dalam neraka jahim dan pada malam ini aku lihat mu dalam syurga, megapa ini berlaku?" Puteranya menjawab "Awal cerita, ada seorang lelaki lalu di makamini melintasi para penghuni makam lalu dibaca surah al-ikhlas 3x di mana pahalanya dibahagikan kepada kami yg dihadiahkan kpd kami..