bismillah

bismillah

Friday 9 November 2012

10Jenis Seksaan Wanita

‎10 jenis seksaan yang menimpa wanita SEPULUH jenis seksaan yang menimpa wanita yang diperlihatkankepada Nabi Muhammad SAW ketika melalui
peristiwa Israk dan Mikraj ,membuatkan Rasulullah menangis setiap kali mengenangkannya

.(1) perempuan yang digantung dengan rambut dan otak di kepalanya mendidih. Mereka adalah perempuan yang tidak mahu melindungi rambutnya daripada
dilihat lelaki lain.

(2) perempuan yang digantung dengan lidahnya dan

(3) tangannya dikeluarkan daripada punggungnya
(4) minyak panas dituangkan ke dalam kerongkongnya,Mereka adalah perempuan yang suka menyakiti hati suami dengan kata-katanya.

(5) perempuan digantung buah dadanya dari arah punggung dan air pokok zakum dituang ke dalam kerongkongnya.
Mereka adalah perempuan yang menyusui anak orang lain tanpa keizinan suaminya

.(6) perempuan diikat dua kakinya serta dua tangannya sampai ke ubun dan dibelit beberapa ular dan kala jengking. Mereka adalah perempuan yang boleh solat dan berpuasa tetapi tidak mahu mengerjakannya, tidak berwuduk dan tidak mahu mandi junub. Mereka sering keluar rumah tanpa mendapat izin suaminya terlebih dulu dan
tidak mandi iaitu tidak bersuci selepas habis haid dan nifas.

(7) perempuan yang makan daging tubuhnya sendiri manakala di bawahnya ada api yang menyala. Mereka adalah perempuan yang berhias untuk dilihat lelaki lain dan suka menceritakan aib orang lain.

(8) perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting dari neraka. Mereka adalah perempuan yang suka memasyhurkan diri sendiri supaya orang melihat akan perhiasannya.

(9) perempuan yang kepalanya seperti kepala babi dan badannya pula seperti keldai. Mereka adalah perempuan yang suka mengadu domba dan sangat suka berdusta

.(10) rupanya berbentuk anjing dan beberapa ekor ular serta kala jengking masuk ke dalammulutnya dan keluar melalui duburnya. Mereka adalah
perempuan yang suka marah kepada suaminya dan memfitnah orang lain.

 

Assalamualaikum dan selamat sejahtera buat semua, di sini ada satu perkongsian yang amat menarik buat mereka yang merasa ingin berubah tapi masih ragu-ragu dan takut akan kesilapan lalu.

Diceritakan di hari pembalasan kelak, ada seorang hamba Allah sedang diadili. Dia dituduh bersalah kerana mensia-siakan hidupnya di dunia untuk berbuat maksiat.

Namun begitu dia berkeras membantah, “Tidak demi langit dan bumi, sungguh tidak benar. Saya tak pernah melakukan perkara itu.”

Tetapi saksi-saksi mengatakan engkau betul-betul telah menjerumuskan dirimu sendiri ke dalam dosa.” Orang itu menoleh ke kiri dan ke kanan, lalu merenung segenap penjuru ruang yang ada.

Kemudian dia pun menyanggah, “Mana saksi-saksi yang engkau maksudkan? Disini tiada sesiapa melainkan aku dan suaramu sahaja.”

Jawab malaikat, “Inilah saksi-saksimu…”
Tiba-tiba mata berbicara, “Saya yang memandang.

Disusuli dengan telinga, “Saya yang mendengar perkara itu.”

Hidung pun tidak ketinggalan, “Saya yang mencium.”
Bibir pun mengaku dengan selambanya, “Saya yang merayu.”
Lidah menambah dengan berani, “Saya yang menjilat dan menghisap.”
Tangan tanpa malu meneruskan, “Saya yang meraba dan meramas.”
Kaki pula menyusul, “Saya yg berjalan dan berlari semasa itu.”

“Nah kalau dibiarkan kesemua anggota tubuhmu akan memberikan kesaksian tentang perbuatan aibmu.” ujar malaikat.

Orang tersebut tidak dapat membuka sanggahnya lagi. Ia berputus asa dan amat berduka kerana sebentar lagi ia akan dihumban ke dalam neraka jahannam.

Padahal ia amat berharap agar segala perbuatan jahatnya dapat diselindungi. Tatkala dia sedang dilanda kesedihan, tiba-tiba terdengar
satu suara yg amat lembut dari sehelai bulu mata
berbunyi, “Saya pun ingin mengangkat sumpah untuk menjadi saksi dalam perkara ini.”

Malaikat menjawab dengan tenang, “Silakan wahai bulu mata.” “Terus terang sahaja, menjelang ajalnya pada satu malam yang hening, aku pernah dibasahi dengan juraian air mata penyesalan mengenangkan segala perbuatan keji yang telah dilakukan.

Bukankah rasulnya telah berjanji, apabila ada seorang hamba yang ingin bertaubat, walaupun sehelai bulu mata sahaja yg dibasahi dengan air mata, demikian itu diharamkan dirinya dari ancaman api neraka?
Maka, saya sehelai bulu mata, berani tampil sebagai saksi bahawa dia telah bertaubat sampai membasahi saya dengan air mata
penyesalan.”

Dengan kesaksian bulu mata itu, orang tersebut dibebaskan dari neraka dan segera dihantar ke syurga.

“Lihatlah hamba Allah ini masuk syurga kerana pertolongan bulu mata.” Masya-ALLAH.

# Betapa besarnya kasih sayang Allah pada HambaNya yang benar-benar ingin bertaubat serta yakin bahawa Allah akan mengampuni semua dosa-dosa mereka walaupun dosa mereka seluas langit dan sedalam seluruh lautan, InsyaAllah. ^_^