bismillah

bismillah

Friday 9 November 2012

10Jenis Seksaan Wanita

‎10 jenis seksaan yang menimpa wanita SEPULUH jenis seksaan yang menimpa wanita yang diperlihatkankepada Nabi Muhammad SAW ketika melalui
peristiwa Israk dan Mikraj ,membuatkan Rasulullah menangis setiap kali mengenangkannya

.(1) perempuan yang digantung dengan rambut dan otak di kepalanya mendidih. Mereka adalah perempuan yang tidak mahu melindungi rambutnya daripada
dilihat lelaki lain.

(2) perempuan yang digantung dengan lidahnya dan

(3) tangannya dikeluarkan daripada punggungnya
(4) minyak panas dituangkan ke dalam kerongkongnya,Mereka adalah perempuan yang suka menyakiti hati suami dengan kata-katanya.

(5) perempuan digantung buah dadanya dari arah punggung dan air pokok zakum dituang ke dalam kerongkongnya.
Mereka adalah perempuan yang menyusui anak orang lain tanpa keizinan suaminya

.(6) perempuan diikat dua kakinya serta dua tangannya sampai ke ubun dan dibelit beberapa ular dan kala jengking. Mereka adalah perempuan yang boleh solat dan berpuasa tetapi tidak mahu mengerjakannya, tidak berwuduk dan tidak mahu mandi junub. Mereka sering keluar rumah tanpa mendapat izin suaminya terlebih dulu dan
tidak mandi iaitu tidak bersuci selepas habis haid dan nifas.

(7) perempuan yang makan daging tubuhnya sendiri manakala di bawahnya ada api yang menyala. Mereka adalah perempuan yang berhias untuk dilihat lelaki lain dan suka menceritakan aib orang lain.

(8) perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting dari neraka. Mereka adalah perempuan yang suka memasyhurkan diri sendiri supaya orang melihat akan perhiasannya.

(9) perempuan yang kepalanya seperti kepala babi dan badannya pula seperti keldai. Mereka adalah perempuan yang suka mengadu domba dan sangat suka berdusta

.(10) rupanya berbentuk anjing dan beberapa ekor ular serta kala jengking masuk ke dalammulutnya dan keluar melalui duburnya. Mereka adalah
perempuan yang suka marah kepada suaminya dan memfitnah orang lain.

 

No comments:

Post a Comment